SETELAH 18 TAHUN KU TINGGALKAN...

Wednesday, March 17, 2010

Setelah 18 tahun ku tinggalkan Institut Perguruan Sultan Idris, maka pada 17 Mac 2010 di dalam perjalanan menuju ke Kuantan, aku dan keluarga singgah sebentar ke UPSI. Kebetulan pula pada hari tersebut diadakan Majlis Konvo. Aku siarkan beberapa keping gambar yang sempat aku tangkap.

Ini gambar Bangunan Ibu Kandung Suluh Budiman

Gambar ini diambil dari jalan masuk melalui pintu utama. Sekarang disebelahnya dah ada tempat parking kereta.


Tempat belajar subjek ERT semasa dulu. Ingat macam mana belajar memasak dahulu.


Jalan ni bersebelahan Bangunan IKSB menuju ke dewan makan.


Peti Pos besar tempat kena ragging masa minggu orientasi.


Dewan makan


Asrama M. Sekarang dah jadi bilik pensyarah.




Di dalam asrama M. Dahulu tempat sidai kain baju.


Bilik tidur aku dekat dengan telefon dan tangga. Sekarang dah jadi bilik makan VIP


Padang Tenis. Masa Maktab dulu tak pernah aku jejak kat sini.


Padang UPSI


Maskot IPSI. Ha ha ha. Saja melawak. Ni sahabat kita Zaini atau dipanggil Daddy. Kebetulan jumpa beliau pergi ke majlis konvo adik ipar beliau. Sekarang duk Sungai  Siput


Lihat gambar di atas teringat kembali kenangan lalu. Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat menimba ilmu



17 comments:

Anonymous,  March 17, 2010 at 7:15 PM  

45..lela tgk gmbr pun dah hapy...tq

azila,  March 17, 2010 at 9:43 PM  

wah dah byk berubah ek IPSi kite dulu, asrama kite jadi bilik pensyarah pulak....bila plok boleh pegi.

liza darus,  March 17, 2010 at 11:06 PM  

liza cuma nak ubah sikit je.."Tempat jatuh lagikan di kenang, inikan pula TEMPAT BERTEMU JODOH.." Camner Lela + Maaruf, Kencho+ Naz,Zee+Mad and siapa-siapa lg yang sewaktu dengannya...?????

ummu March 18, 2010 at 12:30 PM  

salam,tuan tanah,
rindunya kat tg malim
erm saya nyebok juga kat sini tak pe ke?
saya nak minta izin, nak copy paste gambar UPSI boleh ke?Pak Aris ada lagi tak ya?kali terkahir saya dengar dia di rumah kenangan Ketoyong...

45,  March 18, 2010 at 11:08 PM  

Boleh kau nak copy and paste. No hal

Anonymous,  March 19, 2010 at 9:01 AM  

amboi liza.....korang ingat kami je..hang tu...bukan ke same jg...apapun semua itu ketentuan..

Anonymous,  March 23, 2010 at 3:09 PM  

memandang Suluh budiman bukan sekadar mengenang masa silam kita sebagai pendidk tetapi lebih daripada itu Suluh Budiman mengajar erti pendidik yang tulus lahir dari hati yang mulus kerana Allah yang setiap butir perkataannya akan ditanya di hadapan RabulJalil.marilah kita insafi sepanjang dan sejauh 18 tahun ada atau tidak butiran mengesakan Allah keluar dari mulut kita kepada telinga anak didik kita atau sekadar kita lahirkan bagussssss, banggga kamu berjayaaaaa tapi realitinya kita kosong dihadapan Allah nanti.Astarfirullah

KENCHO,  March 25, 2010 at 10:33 AM  

Tahniah dan terima kasih la kepada sahabat ku yang dapat membuatkan aku tersenyum sendiri bila melihat gambaq-gambaq yang disiarkan dlm blog ni, apa tidaknya bila tengok peti pos tu aku teringat beberapa orang junior yang aku suruh panjat dan berkokok atas peti pos tu..... betapa la nakalnya aku ketika itu.....Bila terkenangkan zaman-zaman remaja aku dulu (setelah melihat gambar)rasa malu sangat dengan apa yang aku dah buat, apa tidaknya nak jadi pendidik tapi tingkah laku langsung tak nampak macam seorang pendidik......Allah tu maha kaya lagi maha mengetahui, nah sekarang baru aku rasa macam mana susahnya nak menjadikan manusia tu sebagai seorang pendidik apabila aku ditakdirkan menjadi seorang pensyarah...... Kalau dulu aku ketawakan En Yusuf, aku main nyorok-nyorok gan En Mustafa Chu Tuah dalam bilik air sebab tak mau gi perhimpunan pagi, aku lari lompat pagar balik lewat malam..... sekarang apa yang aku buat dulu budak-budak IPG Kampus Ipoh buat kat aku lak.... Apa pun aku terima dengan hati yang terbuka kerana apabila aku muhasabah diri memang sepatutnya aku merasa apa yang pensyarah aku rasa dulu......... Sekadar berkongsi pengalaman dengan kawan-kawan sebab kita sama-sama bernaung di bawah satu bumbung yang sama IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN........Asalamualaikum

Anonymous,  March 26, 2010 at 1:05 PM  

Hati terharu bila melihat bangunan-bangunan dan persekitaran di UPSI.Banyak kenangan yang kita tinggalkan di sana.Bangganya saya menjadi waris IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN

naza,  March 26, 2010 at 1:38 PM  

naza baru 7 th tinggalkan suluh budiman tu....tapi...masa kat UPSI perasaan kita x sama macam IPSI...seronok dan terharu masa kita di IPSI. Tp bila dah jadi UPSI...kita akan rasa kehilangan IPSI

Anonymous,  April 29, 2010 at 1:26 AM  

AKU BARU JE BUKA BLOG NI, HAI RINDUNYA AKU KAT KORANG SEMUA. KAK LIZA MASIH INGAT KAT SAYE KE? DINA BAH

naz,  April 29, 2010 at 11:33 AM  

Aku bekas student IPSI dan UPSI. Tapi betullah kata kak Naza sentimentalnya tak sama. Kalau dulu kat IPSI aku masih bujang, tapi bila dah UPSI aku dah ada 3 kids, so memanglah tak sama langsung, yang aku tau... bila free tak ada kuliah or amali aku sibuk nak balik rumah... jenguk anak dan suami, langsung tak sempat nak ronda2...

ummu May 15, 2010 at 12:00 PM  

salam kakak2 dan abang2
berdasarkan pengalaman saya,pernah saya tanya student praktikal di sekolah saya ttg IKSB,dia kelihatan terpinga2.sedih sebab 'semangat' itu bagai dah dilupakan.
mungkin batch saya,kami masih dlm pertukaran IPSI ke UPSI,selain mungkin saya gemar bercampur dgn cikgu PKPG dan kisah2 IPSI oleh bapa.

yasmine September 2, 2012 at 10:37 PM  

Mustafa chu tuah stroke 4august 2012

Lan,  September 5, 2012 at 9:26 PM  

Semoga Allah menyembuhkan beliau

Post a Comment

Penafian : Pihak ipsi9092 tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman blog ini.

PENGUNJUNG BLOG

wordpress counter

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP