CIKGU PUN BOLEH JADI ARKITEK

Friday, April 16, 2010

Sesiapa yang berminat nak jadi arkitek tak bertauliah maka teruskan pembacaan anda. Yang tak berminat tak payah baca. Ni aku nak berkongsi satu perisian percuma yang kau orang boleh download kat  Sweet Home 3D. (Klik aje kat perkataan tu). Ni langkah-langkah yang perlu kau orang ikut :



  1. Download perisian tu kat komputer anda.
  2. Install perisian tu kat komputer. Pastikan komputer anda mempunyai RAM yg tinggi sekurang-kurangnya 1 GB. Aku punya komputer RAM rendah menyebabkan perisian ini tak berfungsi dengan baik. Ada kad grafik lagi bagus.
  3. Bila dah install, anda dah boleh guna dengan klik Shortcut kat desktop anda.
  4. Bila perisian ini dah dibuka, cari file dan klik. Cari perkataan preferences klik. Pilihlah ukuran yang anda suka cm, inci ke, meter atau mm.
  5. Langkah seterusnya, cari butang creat walls kad bar atas dan klik untuk aktifkan.
  6. Pergi ke paparan bergraf klik disatu tempat sebaik-baiknya dinilai 0 tahan dan drag mengikut ukuran dan darjah yang dikehendaki.Bila siap klik 2 kali dan tekan butang Esc kat komputer. Ulang langkah ini sehingga plan dinding rumah anda siap sepenunnya mengikut kehendak dan citarasa anda.
  7. Langkah seterusnya memasukkan tingkat dan pintu. Pergi di tingkap sebelah dan cari door and window.Klik untuk buka dan pilihlah bentuk kesukaan anda dan gunakan kaedah drag and drop. Tingkap dan pintu mestilah diletakkan di dinding tau. Ulangkan langkah ini sehingga selesai.
  8. Langkah seterusnya Click Room. Butang ini ada disebelah Create wall. Klik butang ini untuk aktifkan.
  9. Pergi kesatu bilik, klik 1 kali kat satu penjuru dan tahan klik tersebut kemudian drag ke penjuru sebelahnya klik sekali pada setiap penjuru sehingga bertemu dipenjuru yang pertama klik 2 kali dan tekan butang Esc kat komputer. Jika berjaya ruangan itu akan bertukar menjadi warna yg lebih gelap.
  10. Pergi ke bar atas cari Select object in plans (lambang bentuk anak panah) klik untuk aktifkan, kemudian pergi kat ruangan yg telah digelapkan, seterusnya klik 2 kali. Satu tertingkap akan terbuka untuk setting warna lantai tadi. Ulangi langkah ini disetiap ruang rumah anda.
  11. Nak masuk perabut pun boleh. Caranya sama macam masuk tingkap dan pintu. 
  12. Nak masuk ukuran klik create demensions. Gunakan kaedah drag kat tepi dinding yang nak buat ukuran.
  13. Nak masukkan nama seperti nama bilik klik butang Adds teks.
  14. Nak menjelajah dalam rumah, klik 3D view dan klik virtual visit.
  15. Ini adalah asas penggunaan perisian ini. Untuk penerangan lebih lanjut , tutorial bergambar disediakan di web tersebut.
Kan aku dah cakap sesiapa saja boleh jadi arkitek. Ok lah semoga post ni memberi manafaat pada cikgu-cikgu semua dan pembaca lain. Jika tak jadi kena usaha sampai berjaya. Aku pun ambik masa juga nak meneroka perisian ni. Post by 45.

0 comments:

Post a Comment

Penafian : Pihak ipsi9092 tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman blog ini.

PENGUNJUNG BLOG

wordpress counter

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP