BABI DAN KERBAU

Saturday, March 13, 2010

 Diceritakan dalam sebuah hutan tinggal berbagai-bagai jenis binatang. Ada pun dalam banyak-banyak binatang itu terdapat dua sahabat karib iaitu seekor anak babi dan seekor anak kerbau. Pada suatu petang, sedang mereka melepak-lepak di sebuah taman hutan,


Babi : "Ish, boring la pulakkan kerbau..."

Kerbau : "Aah, boring betul...Kau fikir apa yang patut kita buat agar hilang boring kita ni?"

Babi : "Ha, aku ada satu cadangan. Apa kata kita melukis. Kau lukis muka aku dan aku lukis muka kau."

Kerbau : "Hm, ok juga. First kau lukis muka aku dulu. Lepas itu, aku pulak lukis muka kau."

Babi : "Ok. Kau duduk diam-diam."


(Lima minit kemudian..)


Babi : "Ha, dah siap, nah.."

Kerbau : "Wa, lawanya kau lukis. Ok, sekarang aku pulak lukis muka kau." Maka anak kerbau pun mula melukis muka anak babi.


(Lima minit kemudian..)


Kerbau : "Nah dah siap muka kau yang lawa ni."

Babi : (Muka tetiba jadi merah lalu memerahi anak kerbau) Apa yang kau lukis ni, Kerbau?

Kerbau : "La betul la apa yang aku lukis tu. (Kerbau tak puas hati)

Babi : "Ni bukan muka aku...Ni muka babi"..

Dipetik daripada buku Jenaka Selamba Santai

0 comments:

Post a Comment

Penafian : Pihak ipsi9092 tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman blog ini.

PENGUNJUNG BLOG

wordpress counter

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP