TERBELAKAH NASIB GURU

Wednesday, March 10, 2010

Kepada semua guru ,khasnya IPSI 90/92
Berbicara mengenai nasib guru, perlu kita merenung ke dalam hati kita hampir 20 tahun selepas menjadi pendidik apa hasilan kita dalam merubah nasib dan tahap pemikiran anak-anak didik kita.Sebagai anak kandung yang prihatin wajarlah kita melihat keadaan masyarakat kita yang semakin jauh menyimpang seolah-olah tidak pernah mengenal erti didikan.kita sememangnya mengharapkan pembelaan namun apakah masyarakat yang telah kita lahirkan 20 tahun dahulu kini terbela atau terus hilang punca.Ingatilah bait rangkap dendangan kita 20 tahun dulu .Obor di malam gelap....Adakah kita menjadi pelita atau obor atau sekadar lilin.Kepada anak kandung, saya yang baru sebulan di Bawah Bayu ini sedih melihat pemikiran masyarakat di sini.Daif dan Naif tentang erti pendidikan dan perubahan minda.Namun usaha perjuangan perlu diteruskan agar mentaliti masyarakat dirubah...

Oleh : Onn Tawau

1 comments:

Admin Blog,  March 10, 2010 at 6:50 PM  

Sila nyatakan nama penulis artikel ini. Kerjasama anda amat dihargai

Post a Comment

Penafian : Pihak ipsi9092 tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman blog ini.

PENGUNJUNG BLOG

wordpress counter

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP