Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Thursday, February 25, 2010

Hayatilah erti sambutan Maulidur Rasul


Sekali lagi kita menyambut Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW, Junjungan besar dan agung. Nabi terakhir yang telah menukarkan dunia ini dari zaman kegelapan kepada cahaya yang memberi rahmat keseluruh alam.


Kita sebagai ummah yang terbaik tidak sepatutnya hanya menyambut hari kelahiran baginda setakat itu sahaja tanpa menghayati kehidupan Rasulullah yang menjadi insan contoh yang terbaik.


Rasulullah SAW adalah role model yang perlu dicontohi dan jika menjadikan insan lain bukan mencontohi akhlak Rasulullah sebagai role model maka ia tidak memenuhi pra syarat untuk mencakupi peranan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi.


Ummah yang mutakhir ini menerima penghinaan seperti yang berlaku di Afghanistan dan baru-baru ini penaklukan kuasa unipolar dan hegemoni Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya di Iraq menunjukkan bahawa tanpa berpegang teguh kepada Tali Allah (Agama) dan ajaran serta panduan Rasulullah bumi umat Islam tidak akan selamat.


Mereka berpegang kepada tali yang lain dari tali Allah dan menjadikan ideologi asing ciptaan manusia sebagai pegangan perjuangan menyebabkan ummat Islam begitu mudah dikalahkan.


Rasulullah SAW tidak dijadikan sebagai pimpinan contoh yang perlu diikuti tetapi mengambil contoh role model yang lain dari Rasulullah menyebabkan umat Islam menerima musibah penghinaan yang tidak ada bandingannya dalam sejarah.


Rasulullah membawa kemajuan, perpaduan dan pembangunan peradaban yang tinggi.


Peninggalan usaha baginda menjadikan Islam mentadbir 2/3 daripada muka bumi. Seandainya umat Islam terus menunjukkan kesungguhan yang sama tidak mustahil Islam akan diterima secara sukarela oleh segenap lapisan masyarakat di serata dunia.


Kalau ummah berpegang kepada ajaran Rasulullah tidak mungkin mereka akan berpecah dan tidak mungkin juga ada negara umat Islam yang boleh menjadi alat kuasa AS dan konco-konconya dengan menjadikan bumi mereka pengkalan untuk AS dan sekutunya melancarkan penaklukan.


Bersempena dengan hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w ini, marilah kita kembali ke pangkal jalan beristiqamah dengan tuntutan Islam dan tidak memilih jalan-jalan yang lain dari agama suci ini.


Saya menyeru kepada seluruh ummah kembali menjadikan Rasulullah sebagai sumber rujukan dalam perjuangan. Kepada ahli-ahli dan penyokong harakah Islamiyah saya mengajak supaya memantapkan iltizam meneruskan perjuangan di zaman penuh cabaran ini bagi merealisasikan matlamat perjuangan kita bersama.


Kita sewajarnya mencontohi perjuangan junjungan besar dan ummah menjadikan kita sebagai contoh warisan kepada kesinambungan perjuangan.




-tyco77@blogspot.com

1 comments:

ipsi9092 February 26, 2010 at 10:13 AM  

Nice pos. Selamat Maulidul Rasul.Hantar lagi artikel

Post a Comment

Penafian : Pihak ipsi9092 tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman blog ini.

PENGUNJUNG BLOG

wordpress counter

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP