KISAH POLIS DAN KAWANNYA
Sunday, January 24, 2010
Sebuah kisah yang menarik untuk dikongsi bersama. Semoga mendapat iktibar..
Suatu Hari.......
Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih menyala hijau. Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia tak mau terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di situ cukup padat sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama. Kebetulan jalan di depannya agak lengang. Lampu berganti kuning. Hati Harun berdebar berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.
Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun
bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja.
Ah, takkan nak brake mendadak," fikirnya sambil terus memandu laju.Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan
tangan memintanya berhenti. Harun menepikan kenderaannya agak jauh
sambil mengumpat dalam hati. Dari cermin pandang sisi ia melihat
pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya.
Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah menengah dulu. Hati
Harun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil melambai mesra.
"Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa...last jumpa masa aku kawen dulu"
"Aku baik je." Tanpa senyum.
"Alahai...aku ndak cepat nih. Bini aku dah lama menunggu di rumah."
"Oh ye ke?" Nampaknya Jamal ragu.
"Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak
sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat,
kawan-kawannya pun sedang menunggu "
"Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama peratikan kau...selalu sgt
kau langgar lampu merah di persimpangan ini."
Harun mesti ganti strategi.
"Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampu
merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala." Berdusta
sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.
"Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong keluarkan lesen dan kad
pengenalan."
Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke
dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Jamal
menulis sesuatu di buku catatannya. Beberapa saat kemudian Jamal
mengetuk kaca tingkap kereta harun. Harun memandang wajah Jamal dengan
penuh kecewa.
Diturunkan tingkap sedikit saja.
"Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman." Fikir Harun.
Tanpa berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat dia bertugas.
Harun mengambil surat saman yang diselitkan Jamal.
Tapi, hei apa ini. Ternyata lesen memandu dan ic dikembalikan
bersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku. Lalu nota ini
apa? Semacam gurauan atau apa?
Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan
Jamal.
------------ --------- --------- --------
"Harun...
Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yang
cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia.
Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah di
persimpangan ini.
Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan. Sekarang pemandu itu
bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya lagi.
Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian
menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi.
Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar.
Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu.
Aku kecewa teramat sgt.
Berhati-hatilah ketika memandu Run" - Jamal
------------ --------- --------- --------
Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal. Namun,
Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas.
Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentu
sambil berharap kesalahannya dimaafkan.
Tak semestinya anggapan kita adalah sama dengan pengertian orang
lain.
Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita.
Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti
perasaan orang lain dan bertimbangrasa.
http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/
Sedekahkan Al Fatihah Untuk Allahyarham Ambuyat aka Ust. Abidin Bin Umar- aya
3 comments:
Semoga menjadi pengajaran pada semua
Ye le... macam baru ni de dua perempuan naik motor dia langgar lampu isyarat, sikit punye tak malu n x sayang nyawa, my abang follow je kebetulan dia bebudak uitm yg menyewa kat kawasan rumah , kite orang pun tgk je dia...dia? sengeh je....klu x merbahayakan org lain x pe le...ni x pasal2 org lain yg jadi mangsa
sikap pemandu di negara ini tidak ke mana sesalannya.W.pun pelbagai peristiwa dan ikhtibar dicanang tapi alah bisa tegal biasa.Tak perlu nasihat lagi pemandu macam tu.lantak le...sebutlah mati siapa pun sedihnya seketika.lepas tu buat hal lagi macam OPS sikap di negara kita ni buang masa cerita.Dia nak mati lantak le.Senang ikiu china guna basikal kan aman.......apamacam setuju ke?
:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =)) Post a Comment