PERUBAHAN TARIKH REUNION

Thursday, November 26, 2009

Salam sejahtera kepada semua ahli blog. Ada perubahan tarikh Reunion kita dari 19 dan 20 Dis 2009 ke :

Tarikh Baru : 21 & 22 Disember 09
Hari : Isnin dan Selasa


Perubahan tarikh berlaku disebabkan pada tarikh asal akan diadakan Program Permata Negara yg akan dilancarkan oleh Isteri Perdana Menteri di resort berkenaan.

Ini menyebabkan pihak resort terpaksa memberi laluan kepada program tersebut. Apatmen yg ada pada tarikh lama hanya sekitar 20 unit sahaja. Jika kita masih mahu tarikh lama, maka tempat tinggal adalah tidak mencukupi. Kita memerlukan 40 unit.

Saudara Kencho telah cuba mencari tempat lain tetapi malangnya pada tarikh lama semua resort tidak dapat menampung jumlah bilik yg dikehendaki.

Jalan yang terbaik adalah mengubah tarikh ke tarikh baru tersebut. Saya berharap agar kawan-kawan yg akan hadir ke reunion tersebut dapat menjadualkan balik cuti.

Sesiapa yg ada masalah pada tarikh baru bolehlah menghubungi Kencho untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

Segala kesulitan yg timbul amatlah dikesali dan jutaan Maaf dipinta.


Sila sahkan kehadiran anda sekali lagi.

Anda juga boleh memberi respon di ruangan komen



12 comments:

Azlan Pye,  November 26, 2009 at 12:34 PM  

Saya tak de masalah dengan tarikh baru

Anonymous,  November 26, 2009 at 2:42 PM  

zie n mad... NO ProbLem.... klu zie ada problem...mad ok... klu mad ada problem..zie ok..ha ha ha ha hahahahha...so far dua2 no problem

Anonymous,  November 26, 2009 at 3:23 PM  

Insyaallah wak tade masalah tarikh tu. Hari2 tuko tarikh pun takpe. Waaaaa jgn mare bro. Taukey wak bg cuti sebulan lebih. Demi tuk jumpa kwan2 wak takde overtime pun takpe. K sayonaraaaa

nizamtajri,  November 27, 2009 at 10:51 PM  

salam, nizam n keluarga harap-harapnya tiada masalah, boleh pergi kot.....

mukhidin November 29, 2009 at 12:06 AM  

insyaallah, saya n keluarga tak de masalah

Anonymous,  December 1, 2009 at 5:20 PM  

Kak Hasna n anak2 tak kisah,tp abg sebelah ni dah set cuti tp so far ok ja ngan tarikh tu.

azila,  December 1, 2009 at 10:42 PM  

saya n family pung InsyaAllah

tyco,  December 2, 2009 at 3:31 PM  

insyaAllah, beta ngan keluarga akan mencemar duli menghadirinya...

haidatul azila,  December 3, 2009 at 9:14 PM  

Mohon kemaafan saya n family tak dapat menghadirkan diri untuk reunion coz suami mesyuarat di Kota Bharu pada 20,21,22hb.12.Baru 2@3 hari lepas dapat makluman. W/pun dii ini nak sangat2 pergi untuk bertemu kawan berkongsi cerite suka duka tapi apakan daya.....doa untuk semua semoga bergembira

Haidatul Azila,  December 4, 2009 at 11:07 PM  

Ni addres kawe Lot 3393 Taman Kalungan Intan, Kampung Balai Besar, 23300Dungun Terengganu. Tima Kasih le pihak penganjur yg berusaha nak pos tshirt... jgn pos dulu kot2 tarikh meeting suami tukar mana taukan?

Anonymous,  December 15, 2009 at 11:36 PM  

Hai, Leha ni! kami ok je ble2 pown... free all da time...huhuhuu... but da condition... klu zue and yan kte on kami on je.. so... hopefully depa pegi... thanks...

haizan_sksk@yahoo.com December 17, 2009 at 8:47 PM  

salam..Yan n anak2 pun insyaallah kan sampai ke sana.Yang pasti ada K leha n K Zu Yan pasti ada...Selamat berjumpa di sana.Ati-ati di jalan raya,moga kita selamat tiba...

Post a Comment

Penafian : Pihak ipsi9092 tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman blog ini.

PENGUNJUNG BLOG

wordpress counter

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP