Mari Berforum

Monday, November 23, 2009

Aku telah membuka ruangan untuk berforum. Untuk sesiapa yang masih baru dalam bidang ini ruangan berforum ialah salah satu cara yang oleh digunakan untuk berbincang atau berkongsi apa apa saja di antara ahli-ahli forum. Cara untuk menyertai forum :

  1. Pergi ke laman forum di http://ipsi9092.forumotion.com.(Shortcut ada aku letak kat Blog Pilihan)
  2. Klik kat perkataan register yg berada di atas bersebelahan dengan log in.
  3. Klik perkataan 'I agree to these terms'.
  4. Masukkan Username, email yang boleh digunakan dan password(reka le)
  5. Tekan Save.
  6. Masukkan sekali lagi password yg telah dipilih.(pastikan sama yg mula-mula tadi)
  7. Akaun forum anda telah selesai dicipta tapi belum boleh digunakan lagi.
  8. Anda perlu aktifkan akaun anda dengan cara berikut:
  9. Buka email yg anda beri semasa mendaftar forum tersebut.
  10. Cari email yg bertajuk SeMbang IPSI dan klik link yg berwarna biru bergaris.
  11. Akaun anda telah aktif. Seterusnya boleh lah anda berforum dengan :
  12. Pergi ke laman forum di alamat http//ipsi9092.forumotion.com.
  13. Jika anda hanya ingin membaca apa-apa yang dihantar anda tidak perlu log in tetapi jika anda ingin mengirim apa-apa anda perlu log in dengan...
  14. Tekan perkataan log in dan masukkan username dan password.
  15. Klik kategori yg dikehendaki dan jika ingin membuka topik baru anda tekan New Topic dan tulis topik anda.(Pastikan topik baru anda tidak ada persamaan dengan yg sebelumnya.
  16. Tulis apa-apa yg sesuai di topik baru anda.
  17. Jika ingin membalas(reply) topik yg telah ada cuma tekan post reply dan tulislah apa-apa yg sesuai.
  18. Jika selesai anda boleh log out atau terus tinggalkan laman tersebut
  19. Selamat mencuba. Jika ada masalah harap maaf kerana aku pun baru dalam bidang ini.



0 comments:

Post a Comment

Penafian : Pihak ipsi9092 tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman blog ini.

PENGUNJUNG BLOG

wordpress counter

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP