Siapa Lagi Yang Nak Ceriakan Blog Kita.
Friday, July 2, 2010
Salam sejahtera
Hampir 3 tahun blog ni wujud ke udara diruang maya.Terima kasih kepada rakan-rakan ipsi yang memberi sokongan. Blog ni sedikit sebanyak mencetuskan kembali kenangan silam semasa menuntut di IPSI. Yang jauh telah didekatkan, yang terputus telah berjaya disambungkan. Walau bagimanapun banyak lagi kekurangan yang ada pada blog ni (Peneraju blog). Masih ramai lagi kawan yang entah pergi ke mana. Tak tahu tentang kewujudan blog atau sengaja menyepi diri. Tak kisah apa saja alasan, setiap daripada kita ada keutamaan masing-masing.
Entah ye sejak akhir akhir ini blog ni semakin sepi. Mungkin semua sibuk dengan tugas dan keluarga masing-masing. Daripada apa yg diketahui ramai yang melayari facebook termasuklah saya. Tambahan lagi musim piala dunia.Apa-apa pun kita tak boleh mengharapkan orang lain untuk menceriakan blog ni.Jika kita yang tak ceriakan blog ni siapa lagi yang boleh?
Saya mengalu-alukan sesiapa saja ahli ipsi untuk memberi sumbangan dalam bentuk penulisan. Cuma emailkan kepada saya untuk mendapatkan kata laluan. Saya harap tulislah sesuatu yang berguna dan tidak menyakitkan hati sesiapa. Mudah bukan?
Jika itu pun tak boleh, tolong berikan sedikit komen tanda kehadiran anda di blog ni atau tinggalkan sedikit jejak di ruangan sembang. Saya harap hubungan sesama kita semakin erat. Walupun kita jauh tapi dihati semakin dekat.
0 comments:
:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =)) Post a Comment