UBAH CARA HIDUP ATAU UBAH CARA BERFIKIR?

Sunday, February 28, 2010

Sejak harga minyak dan barangan semakin naik ni banyak email dan perbincangan cara-cara untuk berjimat cermat, yang naik kereta kena naik motor, yang makan beras mahal kena makan beras murah dan sebagainya.


Apa kata sebelum ubah cara hidup kita ubah dulu cara berfikir? Hukum alam menunjukkan semua ciptaan Allah yang bernyawa itu membesar, berkembang, membiak dan sebagainya. Dalam ertikata lain, semakin kehadapan, jadi jika kita mengubah cara hidup kita kearah kebelakang (dengan lebih mengikat perut) maknanya kita seolah-olah menolak hukum alam ciptaan Allah yang Maha pemurah.


Jika kita selalu memikirkan kemiskinan, itu yang makin kita nampak, jika kita memikirkan kena berjimat, makin hari makin kena berjimat, jika fikirkan hidup ini susah untuk mencari duit, makin susah nak dapat duit. Sedangkan ulat dalam batu pun ada rezekinya yang Allah janjikan, inikan pulak manusia yang ada akal dan fikiran.


Jika kita ubah fikiran kita, nescaya kita akan lihat dunia ini dari sudut yang berbeza, contohnya, bagi mereka yang sentiasa memikirkan kesusahan hidup, tin-tin kosong hanyalah sampah, tetapi jika kita fikirkan dunia ini penuh dengan peluang-peluang menambahkan rezeki, tin-tin kosong itu adalah salah satu cara untuk menambah rezeki. Ini contoh yang remeh, byk lagi contoh yang lebih besar...


Semua kreativiti dan ciptaan bermula di minda, kerusi tidak akan dicipta jika tiada orang terfikir lebih selesa duduk beralas dari duduk diatas tanah, kemudian dengan usaha terciptalah kerusi. Kekayaan juga perlu bermula di fikiran/minda, bila minda terbuka, pasti Allah akan membuka jalan untuk kita berjaya. Kita akan jadi lebih peka kepada peluang-peluang menanbahkan rezeki. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu jika dia sendiri tidak mahu berusaha mengubahnya.


Masaalahnya kita selama ini ialah terlampau mengharapkan manusia lain untuk menambahkan rezeki kita dan kecewa,marah menyumpah seranah bila manusia yang kita harapkan tidak memberi apa yang kita inginkan. Harapan kita pada manusia lebih utama dari Allah, harapkan suami, harapkan harta ibu bapa, harapkan kawan tolong, harapkan kroni, harapkan bos bagi naik gaji, harapkan kerajaan bagi subsidi dan bermacam2 lagi hingga kita terlena bahawa hanya pada Allah sahajalah sebenarnya kita boleh berharap.


Jika harapan kita 100 peratus pada Allah, Dia akan mengaturkan suasana dunia ini untuk membuat hambaNya yang lain membantu kita, itu jaminanNya.

3 comments:

Anonymous,  March 1, 2010 at 8:34 PM  

tahniah hasil pena anda membuatkan yang membaca berfikir dan sesungguhnya...berusaha itu lebih baik..ikhlas tanpa mengharap ganjaran dlm berbuat sesuatu itu baik...tahniah teruskan menulis.ingat mengingat amalan yang mulia.

idaman March 5, 2010 at 5:38 PM  

saya bersetuju dgn penulis..sebenarnye rezeki allah bertebaran di pelosok dunia..terserah pada kita untuk berusaha mendapatkannye atau hanye menunggu rezeki secupak tuk jadi segantang tanpa berusaha..setiap hari mengangkat tangan memohon agar kita dimurahkan rezeki tapi apabila peluang tiba yang kadang2 sekali jer..dlm hidup kita..kita akan teragak2 dan berpaling..sesungguhnye..Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kita berusaha sendiri untuk mengubahnye..syukur pada Allah atas peluang yang diberikan buat kita yang pandai menilai dan menggunakannye..Allah Maha Agung..aku bersyukur..

sahabat IPSI March 10, 2010 at 2:51 PM  

Berfikir tentang kebesaran Allah itulah sebenarnya berfikir.Yang lain bukan berfikir itu berfakir dan berkikir.Tak ke mana kita jika Allah di belakang.Panduan Allah sudah lengkap bukan sekadar rezeki kita perolehi tapi yang lebih penting rahmatnya jika kita berfikir tentang kehebatan Allah.Para sahabat menakluk dunia penuh dengan hikmah dan iman di dada.Sepertiga Islam menguasi dunia hingga sampai ke kita.Jika tamak dan pemikiran kapitalis zionis tungguhlah kehancuran dunia.

Post a Comment

Penafian : Pihak ipsi9092 tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman blog ini.

PENGUNJUNG BLOG

wordpress counter

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP