GAMBAR REUNION

Monday, December 21, 2009

Gambar-gambar Sekitar Hari Reunion IPSI 90/93 Kali Pertama

Gambar beramai-ramai ahli yang hadir Reunion Kali Pertama. Gambar ini diambil pada hari terakhir.

Gambar Family Zarman & Noraini.
(anak 5 oii)

Gambar Family Midun (Mokhtar Klas A)

Gambar Family En.Mustafa Kamal (Gelaran manja Kencho)
penuh warna warni.

Gambar Family pensyarah En. Nizam Tajri. Keluarga besar ni.

Untuk muaturun (download) gambar lain klik perkataan URL di bawah ini :

URL

Untuk Gambar Kamera Sariman boleh di muat turun di blognya Man Tyco

Untuk Gamber Kamera Ahmad di sini : URL

Untuk kekawan lain yg ada ambil gambar pada hari tersebut bolehlah berkongsi dengan menghantar ke email: ipsi9092@yahoo.com. Saya akan masukkan ke dalam 4share.

13 comments:

idaman,  December 22, 2009 at 9:56 PM  

Sekalung tahniah buat semua yang terlibat dlm menjayakan Reunion IPSI90-92..terharu dan bangga atas usaha kalian..seronok dapat jumpe smue kawan yg telah hampir 17 thn x dpt jumpe.. semoga usaha murni seperti ini dapat dijadikan sebagai acara tahunan yang lebih meriah dan mendapat sambutan yang menggalakan..

admin,  December 23, 2009 at 12:24 AM  

aku akan upload gambar secara beransur ansur. harap bersabar

KENCHO,  December 23, 2009 at 8:33 AM  

Asalamualaikum, terima kasih dan tahniah kepada kawan-kawan yang telah dapat menghadirkan diri pada reunion kali pertama. Aku sangat berbangga dan terharu dengan sambutan dan komitmen tuan-tuan dan puan-puan semua, tanpa kehadiran tuan-tuan dan puan-puan maka reunion yang dirancang tidak akan menjadi kenyataan... Alhamdulillah semuanye berjalan seperti yang dirancang dan kita dapat bersama untuk berbual dan berberborak panjang mengimbau kisah silam. Seperkara yang aku respect ko orang ialah perangai tetap sama tak berubah macam yang pernah aku kenai 17 tahun dulu...tu yang membuatkan reunion kita jadi meriah, hebat... tak berlakon jadi mengkarong berubah-ubah warna. walau bagaimana pun aku dapat buat rumusan reunion kali ni perlu dibuat penambahbaikan terutama aktiviti yang akan djalankan. seperkara lagi tak sesuai cari penaja yang menjual produk macam malam tu, masa juga agak singkat kalau buat 2 hari 1 malam...kena buat 3 hari 2 malam baru aktiviti yang dirancang lebih menarik.....aku saja buat t shirt warna kuning dan merah sebab nak bangkitkan nostalgia track top kita masa pendaftaran pelajar baru kan warna tu. Insyaallah untuk reunion-reunion yang akan datang aku akan usahakan penaja untuk membaiayai kos t shirt dan kita akan bayar kurang RM10.00 untuk sehelai t shirt....maknanye tiap-tiap reunion ada t shirt tu yang aku boleh janji...bagi kawan-kawan yang tak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan mungkin kerana pertukaran tarikh aku mohon maaf dan jangan lak tak menghadirkan diri pada reunion akan datang. akhir sekali aku mohon maaf sangat-sangat gan kalian kerana tak dapat serta pada saat akhir majlis perpisahan kita kerana de hal yang tak dapat dielakkan. sekali lagi maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kalau de tingkah laku dan tutur kata aku yang tak sepatutnye aku lakukan...tu mungkin kerana keterujaan aku berjumpa kalian...terima kasih daun keladi....reunion akan datang jumpe lagi....bye-bye

rosidah December 23, 2009 at 4:01 PM  

Terima kasih bg yang mencetuskan idea dan syabas buat kekawan yang telah berusaha bersungguh-sungguh bagi menjayakan reunion kali pertama ini.Moga segala usaha dan keikhlasan kalian akan mendp ganjaran drpdNya. Kegembiraan yang dirasai x dp digambarkan dan diceritakan .Pergi dengan harapan pulang dengan seribu kenangan dan nostalgia indah.

Anonymous,  December 24, 2009 at 12:15 AM  

Seronok berjumpa kembali setlh lebih kurang 17 thn.x jumpa adik2 yang walaupun dah lama x jumpa tp semuanya x berubah banyak.Seronok tengok masing2 sibuk melayan anak2 yg kebyakanya anak 4 @ 5 org.tp tetap ceria mcm dulu,walaupun akak tahu ada yg menanggung duka.Kita semua mempunyai kisah suka duka walaupun caranya berbeza,semua itu adalah dugaan yg harus kita terima dgn redha.

45,  December 24, 2009 at 11:49 AM  

Sesiapa yg nak berkongsi gambar masa reunion boleh hantar kat saya melalui email. Nanti saya akan masukkan dalam 4share(kongsi fail)

Anonymous,  December 25, 2009 at 12:30 AM  

Cemburu kak baca cerita hang pa..kak tak dapat join sebab sepupu kak kahwin la pulak...tapi tahun depan...kalu umur panjang dan ada rezeki boleh la kak joint. Apa kata..tahun depan..kita buat kat Langkawi pulak....lagi best ...

Anonymous,  December 25, 2009 at 3:18 AM  

Hamba-Allah Salam,Alhamdulillah, dpt bertemu semula, kwn2 MakSu, Ana.. Ana, tumpang gembira..

Wan dan ida,  December 25, 2009 at 8:40 AM  

Kepada cucu ibu kandung yang berjaya dlm PMR diucapkan tahniah juga ibu/bapanya yang bersama membimbing hingga berjaya dan kepada yg tidak berjaya jangan putus asa cuba lg

Anonymous,  December 26, 2009 at 6:36 PM  

Selamat Tahun Baru 2010 buat semua teman-teman IPSI..Jutaan terima kasih yang tak terhingga buat teman-teman yang bertanggungjawab menjayakan reunion kita minggu lepas.Sesungguhnya pertemuan pertama kali selepas hampir 17 tahun ini cukup menggembirakan.Tak kira dari kelas mana pun kita dulu tapi pertemuan hari tu mempertemukan semula semua anak-anak ibu kandung Suluh Budiman.Betapa terharu,betapa gembira,betapa meriahnya kita sewaktu masing-masing berpelukan....hilang rasanya rindu di hati.
Tahniah kepada semua rakan-rakan yang berjaya melangkah lebih tinggi, tahniah juga kepada semua yang masih berkhidmat di sekolah masing-masing.kita dalah generasi guru yang cemerlang.
Betapa kita gembira dengan kehidupan kita, jangan kita lupa dengan teman-teman yang ditimpa musibah,jangan kita lupa pada teman-teman yang ditimpa pelbagai masalah kehidupan..bersamalah kita dampingi mereka,kuatkan semangat mereka berilah sokongan kepada mereka supaya tabah menjalani kehidupan di alam ciptaan tuhan ini.
Khas buat teman-teman dari kelas F Kencho n keluarga, Abg Fauzi n Kak Zarinah, Abg Ram n keluarga, Mad n Maraziah, Ton n keluarga, Anadiah n keluarga, Gee n bakal keluarga, Abg Zaini n keluarga.sesungguhnya inilah pusaka yang ditinggalkan buat saya oleh IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN....kalian semua akan tetap dalam ingatan ini n salam sayang buat semua.....ALINA,SKDWK CHANGLUN

45,  December 27, 2009 at 10:50 AM  

http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/21.gif

Gambar lain tak sampai sampai ni.

Anonymous,  May 23, 2010 at 12:48 PM  

Seronoknya tengok gambo korang berreunion.Walau tak dapat bersama, aku dapat merasakan keseronokan berada di sana. Hajat hati nak join reunion akan datang. Tengok gambar aku boleh sebut nama kekgkawan yang masih ingat, tapi ada juga yang dah lupa. Wajah kencho terkini mirip pensyarah aku masa kat UPM.Aku sempat jumpa nizam masa kat UPM.Jangan lupa hubungi aku kalau ada kelapangan. Daril, Muar, Johor.

haizan_sksk@yahoo.com June 1, 2010 at 10:43 AM  

salam..pa habaq sume..eh bila tgok gmbor reu taun lpas ni..aku tingat lak..ape cite reu utk tahap ke-2 ni..ade ke xde..atau ada ke xdak...he he...klu ada plan la awai2..xde le klam kbut mcm taun lps..last2 minit msh tukr tarikh..smpai ramai yg xdapt pegi..xbest la mcm tu..mintak2 taun ni lbh ramai yg mai...bru gah n menggemparkan..betul dak kwn2....pa pn reu kali prtama ttp gempaq n mmberi seribu mkna yg xmungkin d lupakn..khasny pd kita2 yg p...tq Kencho,Popeye n Nizam..u all mmg kwn sejati...mmg pakar bab pengurusan ni...salam.

Post a Comment

Penafian : Pihak ipsi9092 tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman blog ini.

PENGUNJUNG BLOG

wordpress counter

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP