Teknologi SKYPE
Saturday, November 14, 2009
Dengan memahami ICT dan cara untuk menggunakannya, kehidupan telah menjadi lebih mudah. Walaupun begitu kebanyakaan pengunaan ICT mengakibatkan kita mengeluarkan lebih banyak belanja. Jika ICT boleh menjimatkan masa tidakkah ICT juga boleh menjimatkan wang apabila ianya digunakkan? Jika kita lihat hujung bulan sebahagian besar pembayaran yang perlu dilakukan adalah untuk bil telefon. Tidakkah ICT boleh membantu kita di dalam mengurangkan bila telefon kita? Tentu boleh jika kita cuba meningkatkan kemahiran kita di dalam ICT.
Hari ini kita berkongsi teknik bagaimana hendak mengurangkan bill telefon dengan menggunakan ICT. Cara yang paling mudah dan berkesan untuk mengurangkan bil telefon adalah dengan tidak membuat panggilan melalui telefon. Jika tidak membuat panggilan melalui telefon. Semua memang arif bahagian yang pertama itu, tetapi jika tidak membuat panggilan melalui telefon, panggilan hendak dibuat melalui apa? Jawapannya adalah Internet.
Dengan menggunakan perisian yang tertentu yang akan saya bincangkan sebentar lagi, kita telah boleh membuat panggilan daripada komputer ke komputer menggunakan VOIP secara percuma. VOIP adalah dari perkataan Voice Over Internet Protocol. Dengan menggunakan teknologi VOIP, talian Internet yang biasanya kita gunakan untuk melayari Internet telah boleh digunakan untuk kita bersembang seperti talian telefon pula. Jika kita telah pun ada talian Internet maka tiada caj tambahan yang akan dikenakan jika kita menggunakan kemudahan ini.
Namun begitu apabila saya katakan percuma, ianya adalah untuk panggilan yang dibuat dari komputer ke komputer. Panggilan dari komputer untuk ke telefon biasa atau telefon bimbit masih lagi akan dicaj mengikut kadar yag ditetapkan.
Apa agaknya keperluan atau perisian yang diperlukan untuk kita menggunakan kemudahan VOIP ini? Pertama komputer kita perlu lah mempunyai perkakasan mikrofon dan speaker. Elok jika kita beli mikrofon yang mempunyai headfonnya sekali, dengan cara itu kita boleh berbual-bual tanpa mengangu mereka yang berada di sekeliling kita.
Perkara yang kedua setelah kita mempunyai mikrofon dan headfon, kita perlulah memuatturunkan perisian yang sesuai. Perisian yang popular buat masa ini untuk membuat panggilan dari komputer ke komputer adalah perisian yang dinamakan Skype. Ejaaannya adalah SKYPE sebutannya adalah SKAIP seperti type, bukannya SKAIPEE tetapi SKAIP. Ianya boleh dimuat-turun di www.skype.com.
Setelah perisian ini dimuat turun, kita perlu mendaftarkan diri kita terlebih dahulu, pendaftaran ini penting kerana jika kita tidak mendaftar orang lain tidak tahu bagaimana hendak menghubungi kita. Di dalam konsep membuat panggilan VOIP daripada komputer ke komputer no telefon tidak diperlukan, nama pendafataran yang kita gunakan tadi akan digunakan sebagai no telefon komputer kita.
Apabila kita telah mendaftar, kita telah boleh menggunakan perisian ini, tetapi siapakah yang agaknya boleh menerima panggilan kita? Ini yang seronoknya, selepas kita mendaftar, dan kita pula tiada orang yang hendak dihubungi, kita boleh mencari didalam senarai pengguna SKYPE ini sesiapa yang berada didalam talian untuk kita berbual-bual dengan mereka.
Kita boleh pilih samaada ingin berbual dengan mereka yang berada di Malaysia atau di mana-mana sahaja didalam dunia. Jika kita ada rakan yang kita ingin hubungi dan mereka menggunakan perisian skype juga maka kita bolehlah menghubungi mereka dengan cara menaipkan nama yang mereka gunakan semasa pendaftaran di dalam ruangan yang disediakan.
a. Download program Skype (Klik disini)
b. Install di komputer anda
c. Cari rakan-rakan yang juga menggunakan Skype
d. Contact mereka dan teruslah berbual
(Untuk mendengar audio anda perlu pasang microphone dan headphone. Kalau nak melihat gambar perlu pula ada webcam)
Yang pentingnya anda boleh contact sesiapa sahaja di dunia ini dan berbual denganya dan semua ini adalah PERCUMA. Syaratnya dia juga menggunakan Skype. Anda boleh juga berbual dengan handphone biasa tetapi perlu membeli 'Skype Credit' . Ia amat berguna jika sesiapa ada anak yang belajar di luar negara - boleh berbual selama mana tanpa membayar satu sen pun.
Versi terbaru Skype untuk Windows telah pun dilancarkan, iaitu versi 4.0 yang mana memberikan panggilan berkualiti tinggi di samping mengurangkan penggunaan bandwith. Selain daripada itu, Skype untuk Windows 4.0 turut menyediakan saiz video yang lebih besar, dan panggilan video dengan hanya satu-klik sahaja.
Selain daripada itu, Skype 4.0 juga memperkenalkan serba sedikit antara muka yang baru. Disebabkan hampir 25% panggilan antara pengguna Skype melibatkan panggilan video, rekabentuk kali ini lebih fokus akan panggilan video. Selain itu, anda juga berpeluang untuk memilih tahap panggilan video dan audio itu, sama ada tinggi atau rendah bergantung kepada kelajuan internet anda, sekaligus menjimatkan penggunaan bandwith.
0 comments:
:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =)) Post a Comment